Rendah hati padahal cantik,
mendahulukan kebahagiaan
laki-lakinya,
menyemangati laki-lakinya untuk
mencapai kehebatan,
mengajukan laki-lakinya untuk
kedudukan yang tinggi,
memelihara keindahan tubuh, tapi
tidak khawatir tubuhnya berubah sementara untuk mengandung anak-anak dari
laki-laki kecintaannya,
berpendidikan tinggi bukan untuk
menjauhkan diri dari keluarga untuk mengejar tambahan uang, tapi untuk
menghebatkan karir suaminya dan pendidikan anak-anaknya,
menghebatkan karir suaminya dan pendidikan anak-anaknya,
menemukan kebahagiaan dalam
kedekatan yang mesra dengan laki-lakinya,
dan membuat laki-lakinya bertarung
dalam kemapanan hati karena ada wanita hebat yang akan merawat luka-luka dan
mendamaikan hatinya.
Dan sekarang kami akan memberitahu
anda ciri-ciri wanita idaman lelaki :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama
mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan
terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang
layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan
wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah
lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah
kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira
sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan
dalaman tidak akan sesekali menjual maruahdirinya hanya untuk mencari nama dan
wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu
semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang
keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan
sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau
tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang
pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak
dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan
penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai
menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali
juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan
adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang
kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan
melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan
diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak
cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah
menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka
mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah
perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki
biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang
mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu
bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak
menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk
dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk
Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Sentiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman
ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang
menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai
rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, coba menilai atau memuhasabah diri
kita kembali. Coba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa
yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri
sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan pahami bahawa
kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.
Seperti mana Dr Fadhillah Kamsah
mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu
sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam
keindahan bermimpi.